PLANMalaysia@Pahang

Multi Language [EN] | [MY]

Soalan Lazim

Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Negeri Pahang?

Perkhidmatan utama JPBD Negeri Pahang adalah seperti berikut :-

  • Memberi ulasan perancangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan/agensi kerajaan dan pemaju hartanah berhubung perkara berikut :-
  1. Permohonan pelan susun atur;
  2. Permohonan pelan bangunan;
  3. Permohonan perancangan tapak;
  4. Permohonan tukar syarat, pecah sempadan, pecah bahagian dan pencantuman tanah;
  5. Laporan kesan impak alam sekitar (EIA);
  6. Permohonan pelaburan; dan
  7. Projek-projek infrastruktur dan utiliti.
  • Semua proses permohonan di atas perlu dibuat dalam masa 14 hari daripada tarikh penerimaan selaras dengan Garis Panduan Pusat Setempat (OSC);
  • Menyediakan Rancangan Struktur Negeri bagi Pihak Berkuasa Negeri sepertimana Seksyen 7, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172);
  • Menasihati PBT dalam penyediaan Rancangan-Rancangan Pembangunan yang disediakan seperti Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas;
  • Menjalankan kajian-kajian perancangan bukan statutori yang diarahkan oleh pihak berkuasa negeri seperti pelan rancangan tanah berkelompok, pusat pertumbuhan baru dan pelan perumahan di atas tanah Kerajaan;
  • Membekalkan maklumat gunatanah kepada jabatan/agensi kerajaan sebagai input kepada perancangan projek;
  • Memberi kefahaman berkenaan Akta 172, garis panduan dan piawaian perancangan kepada PBT. Sebanyak 34 garis panduan telah diterimapakai di Negeri Pahang;
  • Menyelaras penyediaan kertas permohonan cadangan pemajuan di bawah subseksyen 22(2A), Akta 172 untuk dibawa ke Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri;
  • Memaklumkan permohonan cadangan pemajuan di bawah seksyen 20A, Akta 172 kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) yang dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang;
  • Menyelaras perlaksanaan Pusat Setempat dalam memproses permohonan kebenaran merancang dan pembangunan tanah;
  • Memberi maklumbalas kepada aduan-aduan daripada orang awam secara “on line” melalui laman web jabatan dialamat http/jpbd.pahang.gov.my; dan
Apakah Lembaga Rayuan ?

Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran Merancang yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT).

Apakah perkara yang boleh dibuat rayuan ?

Bagi seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai permohonan kelulusan sesuatu cadangan pembangunan atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kelulusan cadangan pembangunan;
Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kelulusan sesuatu cadangan pembangunan;
Bagi seseorang yang tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBT akibat menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai tanah, kerana mematuhi kos permintaan PBT;
Bagi seorang pemilik tanah yang tidak berpuashati kerana mengalami kerugian yang berupa kesusutan dalam nilai tanah akibat daripada mematuhi perintah pemeliharaan pokok;
Bilamana orang yang telah didapati bersalah kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Pemerintah Pemeliharaan Pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok lain.