PLANMalaysia@Pahang

Multi Language [EN] | [MY]

Sambutan Hari Perancangan Sedunia 2022

hpbs
 
GENTING HIGHLANDS, 3 November – Majlis Perasmian Sambutan HPBS Negeri Pahang 2022 telah diadakan pada pagi ini di Scapes Hotel, Genting Highlands.
YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa telah menyampaikan ucapan alu – aluan di majlis yang penuh bermakna ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, EXCO Pertanian, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, dan dihadiri oleh Barisan EXCO Negeri Pahang, YDP PBT dan wakil jabatan dan agensi Negeri Pahang.
Majlis ini diadakan untuk menghargai peranan semua pihak yang menyumbang kepada perancangan dan pembangunan bandar dan desa di Negeri Pahang di samping mengingatkan semua mengenai kepentingan perancangan bandar dan desa ke arah kemakmuran negara, kesejahteraan penduduk dan kemampanan alam sekitar.
Majlis ini dimeriahkan lagi dengan penyampaian Anugerah Bandar Mampan Tahun 2021 dan Penghargaan Finalis Kejiranan Hijau (AKH) Tahun 2022 di peringkat Negeri Pahang.