PLANMalaysia@Pahang

Multi Language [EN] | [MY]

Rancangan Tempatan (RT) merupakan suatu peta dan pernyataan bertulis yang disokong dengan garis panduan pelaksanaan yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) untuk memajukan tanah berdasarkan cadangan-cadangan umum daripada Rancangan Struktur Negeri (RSN) sebagaimana di bawah peruntukan Seksyen 12 hingga Subseksyen 16A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172).

RTD Temerloh diwartakan pada 8.12.2011 dengan nombor warta 1981. Kawasan Kajian RTD Temerloh meliputi keseluruhan daerah Temerloh dengan keluasan 228,190.09 hektar. Daerah Temerloh yang terletak di dalam Koridor Tengah di sempadani dengan daerah Maran di sebelah timur, daerah Jerantut dan Raub di sempadan utara, daerah Bentong di sempadan barat dan daerah Bera di bahagian selatan. Daerah Temerloh terdiri daripada 10 mukim iaitu mukim Perak, Mentakab, Lebak, Bangau, Songsang, Sanggang, Lipat Kajang, Kerdau, Jenderak dan Semantan.

Matlamat Pembangunan

“Merealisasikan Temerloh sebagai daerah maju dan sejahtera dan juga akan dikenali Temerloh sebagai titik tengah semenanjung (TTTS)”

Objektif Pembangunan

  • Merangka cadangan gunatanah perindustrian, perniagaan, pertanian yang teratur bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi daerah;
  • Mewujudkan kawasan perbandaran yang maju, sejahtera lengkap dengan kemudahan asas dan awam yang selaras dengan Dasar Perbandaran Negara;
  • Mengenalpasti projek-projek utama di bandar dan luar bandar bagi mewujudkan pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar tanpa mengabaikan kepentingan alam sekitar;
  • Memelihara dan menguruskan secara bijak sumber-sumber asli dan semulajadi yang mempunyai kepentingan alam sekitar dan biologi, nilai sejarah dan keindahan yang perlu dipelihara dan dikekalkan;
  • Memperbaiki dan meningkatkan sistem lalulintas serta rangkaian jalan khususnya di pusat bandar dengan mencadangkan laluan-laluan baru dan memperkukuhkan kemudahan infrastruktur ke arah mempergiatkan lagi pertumbuhan di kawasan-kawasan desa;
  • Menyedia dan menaiktaraf sistem saliran dan perparitan serta sistem pembetungan di dalam Daerah Temerloh terutamanya di kawasan pembangunan utama dan bermasalah; dan
  • Meningkatkan sistem penyampaian serta keupayaan institusi pelaksanaan.
 
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

Rancangan Tempatan Temerloh

 

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

Majlis Perbandaran Temerloh

 

 

 

 

2000

 

 

16 Ogos 2007

934

 RancanganTempatanTemerloh

 

2.

 

RTD Temerloh 2007 – 2015

 

Rancangan Tempatan Daerah Temerloh

2007 – 2015

 

Majlis Perbandaran Temerloh

dengan kerjasama:

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

 

 

Februari 2010

 

16 September 2010

No. 1360

 rtdtemerloh2007 2015

RTD Cameron Highlands diwartakan pada 6.12.2007 dengan warta Jil 60 nombor 1319. Kawasan Kajian RTD Cameron Highlands merupakan daerah terkecil yang terletak di sebelah barat laut negeri Pahang. Keluasannya adalah 71,218 hektar (712.18 km persegi) dan meliputi 2% daripada keluasan negeri tersebut. Peletakannya adalah di Banjaran Titiwangsa yang mana sebahagian besarnya adalah terletak di aras 1,070 meter hingga 1,830 meter dari paras laut. Di sebelah barat sempadan, kontur adalah kurang daripada 1,000m, terutamanya di sepanjang lembah sungai. Ia bersempadan dengan Perak di bahagian barat dan Kelantan di bahagian utara.  Daerah ini terdiri daripada tiga mukim iaitu Ulu Telom, Ringlet dan Tanah Rata.

Matlamat Pembangunan

Daerah Cameron Highlands sebagai Pusat Pelancongan Tanah Tinggi yang berasaskan pertanian dan pelancongan.

Objektif Pembangunan

  • Kawalan perancangan dan pembangunan guna tanah perbandaran perlu dijalankan secara konsolidasi dalam skala kecil dan sederhana termasuk pemusatan kemudahan masyarakat dalam Pusat Komuniti, supaya penyediaan perkhidmatan infrastruktur dan kemudahan adalah lebih berkesan dan suasana kehijauan boleh dipelihara;
  • Pertumbuhan pusat baru di persimpangan jalan utama (Jalan Persekutuan 59) dengan jalan Simpang Pulai – Lojing berpotensi dibangunkan sebagai Pusat Rawat dan Rehat;
  • Penggunaan teknologi baru perlu diterapkan dalam sektor ekonomi untuk penggunaan tanah dan penyediaan perkhidmatan yang lebih efisien dan produktif;
  • Kawasan pertanian berpotensi untuk dieksploitasi sebagai produk agro-lancong dengan penyediaan kemudahan penginapan jenis chalet, mengadakan promosi dan mempelbagaikan program-program lawatan yang berkaitan;
  • Alam semula jadi yang mempunyai kepentingan alam sekitar iaitu rizab hutan simpan, badan air dan kawasan tadahan air akan dikekalkan dan dipelihara dengan usaha memperkenalkan aktiviti rekreasi jenis eko-lancong yang disokong oleh kemudahan yang bersesuaian;
  • Alam bina yang mempunyai nilai budaya, warisan dan sejarah seperti bangunan warisan dengan seni bina tudor, kampung tradisional dan petempatan Orang Asli perlu dipelihara untuk mengekalkan identiti daerah. Ia juga berpotensi dimajukan sebagai produk pelancongan kebudayaan warisan, di samping muzium, rumah pesaraan terutamanya untuk pelancong pesara dan pusat kebudayaan;
  • Tahap hidup masyarakat ini akan dipertingkatkan dengan penyediaan perkhidmatan infrastruktur, utiliti dan kemudahan masyarakat yang bersesuaian. Latihan kemahiran untuk menggiatkan diri dalam sektor ekonomi, terutamanya dalam sektor pelancongan adalah digalakkan; dan
  • Pembinaan jalan pintas, naik taraf jalan sedia ada, penyediaan kemudahan tempat letak kenderaan dan terminal pengangkutan perlu untuk mengurus isi padu trafik yang semakin meningkat.
 
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

Rancangan Tempatan Cameron Highlands

 

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

Majlis Daerah Cameron Highlands

 

1999

 

13 September 2007

1030

 RancanganTempatanCameronHighlands

 

2.

 

RTD Cameron Highlands 2003 – 2015

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan Pembangunan

 

Majlis Daerah Cameron Highlands

dengan kerjasama:

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

Oktober 2006

 

6 Disember 2007

Jil.60 No.1319

 RTDCameronHighlands2003 2015

RTD Pekan diwartakan pada 6.12.2007 dengan nombor warta Jil.60 nombor 1320. Kawasan Rancangan Tempatan Daerah Pekan ini meliputi seluruh Daerah Pekan. Keluasan keseluruhan daerah Pekan ialah 380,500 hektar atau 3,805 kilometer persegi (10.71 peratus daripada keluasan Negeri Pahang). Kawasan Rancangan Tempatan Daerah Pekan merangkumi 11 buah Mukim di dalam daerah Pekan iaitu Mukim Pekan, Mukim Kuala Pahang, Mukim Pahang Tua, Mukim Pulau Rusa, Mukim Langgar, Mukim Ganchong, Mukim Temai, Mukim Pulau Manis, Mukim Lepar, Mukim Penyor dan Mukim Bebar.

Matlamat Pembangunan

“Mengimbangi pembangunan daerah antara kawasan bandar dan luar bandar, meningkatkan imej Bandar Diraja dan warisan Kesultanan Melayu Pahang, memelihara dan mengekalkan kawasan sensitif Alam Sekitar melalui pengurusan yang lestari”

Objektif Pembangunan

  • Memperkukuh dan memantapkan fungsi Bandar Pekan sebagai Pusat Petempatan Utama dengan menawarkan kemudahan perniagaan dan perkhidmatan yang setaraf dengan hierakinya.
  • Mengalakkan kemasukan pelabur/pembangunan dengan penyediaan prasarana yang lebih efisien dan menyeluruh.
  • Mengembangkan pembangunan sektor pertanian dalam kerangka pembangunan industri asas tani serta penerokaan khazanah sumber jaya asli secara mapan.
  • Pembangunan industri automotif dan sub industri yang berkait rapat dengan industri ini akan terus diberi penumpuan sejajar dengan kedudukan Daerah Pekan dalam kluster automotif.
  • Mempertingkat identiti Bandar Pekan sebagai Bandar Diraja dengan menampilkan imej kesultanan, budaya dan warisan melayu yang unik.
  • Memantapkan lagi pembangunan di sektor pelancongan sejajar dengan kedapatan sumber-sumber alam semula jadi dan buatan manusia yang berpotensi dieksploitasi secara lebih meluas.
  • Penyaluran kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti yang lebih seimbang antara kawasan bandar dan desa.
 
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

Rancangan Tempatan Pekan – Peramu

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan dan Pelaksanaan

 

Pejabat Projek Zon Timur

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

Majlis Daerah Pekan

 

Disember 1999

 

16 Ogos 2007

933

 

 

RancanganTempatanPekanPeramu

 

2.

 

RTD Pekan

2002 – 2015

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan Pembangunan

 

Majlis Daerah Pekan

dengan kerjasama:

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

Disember 2006

 

6 Disember 2007

Jil.60 No.1320

 

RTDPekan2002 2015

 

3.

 

RTD Pekan (Pengubahan)

 

Rancangan Tempatan Daerah Pekan (Pengubahan)

 

Majlis Daerah Pekan

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri   Pahang

 

2009

 

21 Jun 2012

No. 950

 RTDPekanPengubahan

RTD Bentong diwartakan pada 25.11.2011 dengan nombor warta1946. Kawasan Kajian RTD Bentong meliputi kawasan seluruh daerah Bentong iaitu seluas 183,199 hektar dan terletak di bahagian barat Negeri Pahang. Daerah Bentong ini bersempadan dengan Daerah Raub di bahagian utara serta Daerah Temerloh dan Daerah Bera di bahagian timur. Manakala di bahagian barat pula daerah ini bersempadan dengan Lembah Klang, Negeri Selangor dan Negeri Sembilan di bahagian selatan.Terdapat 3 buah mukim di daerah Bentong iaitu Mukim Bentong, Pelangi dan Sabai

Matlamat Pembangunan

 “Untuk Membangunkan Bentong Sebagai Sebuah Daerah Pelancongan Bertaraf Antarabangsa Dan Meningkatkan Tahap Perbandaran dan Kualiti Hidup Penduduk Tempatan Menjelang Tahun 2015”.

Objektif Pembangunan

  • Pembangunan perbandaran yang seimbang mengikut hierarki petempatan;
  • Memperkukuhkan pembangunan sektor pelancongan, perindustrian dan pertanian;
  • Pembangunan sektor perniagaan akan diteruskan bagi mewujudkan koridor perniagaan bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat wilayah;
  • Meningkatkan penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi aktiviti industri dan pertanian;
  • Menyediakan perumahan yang berkualiti dan mampu milik;
  • Menyediakan pelbagai ruang awam dan kemudahan rekreasi; dan
  • Meningkatkan penyediaan kemudahan pendidikan, kesihatan dan keselamatan bagi memastikan setiap penduduk diberi peluang dan akses kepada kemudahan tersebut. 

BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

Rancangan Tempatan Bandar Bentong

( 1997 – 2010 )

 

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

  1. Majlis Daerah Bentong
  2. Jurubena Bertiga International Berhad

 

 

 

Ogos 1999

 

 

 

4 Januari 2001

PW No.1

 RTBBentong972010

 

2.

 

RTD Bentong 2015

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan Dan Perlaksanaan

 

Majlis Perbandaran Bentong

dengan kerjasama:

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

 

 

Februari 2010

 

 

 

16 September 2010

No. 1359

 RTDBentong2015

 

 3.

 

RTD Bentong

(Pengubahan)

 

Rancangan Tempatan Daerah Bentong (Pengubahan)

 

Majlis Perbandaran Bentong

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri   Pahang

 

2011

 

19 Disember 2013

No 2031

 RTDBentongPenggubahan

RTD Raub diwartakan pada 6.12.2007 dengan warta Jil 60 nombor 1321. Kawasan Kajian RTD Raub merangkumi keseluruhan daerah raub iaitu seluas 226,900 hektar. Daerah raub terdiri daripada 9 mukim iaitu mukim Batu, Talam, Semantan Ulu, Tras, Gali 1 dan Gali 2, Ulu Dong, Dong, Sega 1 dan Sega 2.

Matlamat Pembangunan

“Keseluruhan Kawasan Rancangan Tempatan akan dibagunkan sebagai lembah tani dan hutan lestari”.

Objektif Pembangunan

  • Meningkatkan tahap pembangunan ekonomi daerah dengan aktiviti pertanian yang berdaya maju, berskala besar, moden dan pelbagai berdasarkan kekuatan sumber semulajadi;
  • Pembangunan bandar yang maju dan lengkap dari segi kemudahan, sosial dan mampu menjana ekonomi melalui aktiviti pelbagai dan sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian;
  • Menggalakkan pembangunan desa, kluster dan penempatan hasil pertanian yang maju dan berdikari dengan kegiatan ekonomi tani dan industri hiliran;
  • Meningkatkan dan mempelbagaikan kemudahan dan produk pelancongan dengan penekanan kepada eko-pelancongan, agro-lancong dan pelancongan kampung;
  • Memperkaya hasil hutan dengan input moden berteknologi terkini serta pemeliharaan alam semulajadi;
  • Meningkatkan tahap perhubungan di peringkat daerah dan wilayah dengan menaiktaraf koridor lalu lintas utama sebagai landasan perkembangan ekonomi dan pembangunan daerah; dan
  • Memastikan setiap lapisan masyarakat terutama di desa mempunyai akses dan berpeluang menikmati kemudahan masyarakat, sosial dan rekreasi yang berkualiti.
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

Rancangan Tempatan Bandar Raub

 

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

  1. Majlis Daerah Raub
  1. PAG Consult Sdn Bhd

 

 

 

 

Oktober 1999

 

 

4 Januari 2001

PW No.1

 RancanganTempatanBandarRaub

 

2.

 

RTD Raub

2003 – 2015

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan Pembangunan

 

Majlis Daerah Raub

dengan kerjasama:

  1. Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
  1. Perunding URC Planners Sdn Bhd

 

 

 

 

November 2006

 

 

 

6 Disember 2007

Jil.60 No.1321

 RTDRaub20032015

 

3.

 

RTD Raub ( Pengubahan )

 

Rancangan Tempatan Daerah Raub (Pengubahan)

 

Majlis Daerah Raub

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri   Pahang

 

 

 

 

2010

 

 

10 Mei 2012

No. 742

 RTDRaubPengubahan
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

Rancangan Tempatan Bandar Lipis

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan dan Pelaksanaan

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

Majlis Daerah Lipis

 

 

2000

 

 

4 November 2004

PW935

 RancanganTempatanBandarLipis

 

2.

 

RTD Lipis 2020

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid II :

Peta Indeks Dan Peti Grid

Jilid III

Pengurusan Perlaksanaan Dan Sistem Maklumat Eksekutif

Jilid IV

Program Pemudahcara Pembangunan

 

Majlis Daerah Lipis

dengan kerjasama:

Unit Rancangan Pembangunan (URP Kuantan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

 

 

Ogos 2012

 

 

3 Januari 2013

No Jil.66 No.1

 RTDLipis2020

RTD Maran diwartakan pada 17.02.2011 dengan nombor warta 197. Kawasan Kajian RTD Maran meliputi keseluruhan daerah Maran yang berkeluasan 197,810.00 hektar.  Daerah Maran memainkan peranan yang utama di dalam konteks pembangunan Negeri Pahang memandangkan ia terletak di Zon Pembangunan Tengah yang dikenalpasti di dalam Rancangan Struktur Negeri Pahang. Zon ini merupakan zon tumpuan pembangunan utama di dalam senario pembangunan Negeri Pahang masa depan. Bandar Maran juga dikenalpasti sebagai Pusat Pertumbuhan Daerah Sekunder negeri Pahang. Terdapat 4 buah mukim di daerah Maran iaitu Mukim Chenor, Luit, Kertau dan Bukit Segumpal.

Matlamat Pembangunan

“Memajukan daerah Maran dengan pembangunan guna tanah dan perbandaran yang teratur dan seimbang serta mempertingkatkan ekonomi tempatan ke arah pembangunan daerah yang maju, progresif dan dinamik menjelang tahun 2020”.

Objektif Pembangunan

  • Mewujudkan struktur guna tanah yang teratur dan penggunaan tanah yang optimum.
  • Mewujudkan imej perbandaran yang menarik dan sejahtera untuk didiami.
  • Meningkatkan dan memperkukuhkan asas ekonomi tempatan supaya lebih berdaya saing melalui kepelbagaian ekonomi.
  • Mewujudkan sistem perhubungan dan pengangkutan yang bersepadu, efisien dan mesra pengguna.
  • Meningkatkan kualiti kehidupan melalui penyediaan kemudahan awam, perumahan, sukan dan rekreasi, tanah lapang yang mencukupi dan berkualiti.
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

 

1.

 

Rancangan Tempatan Maran 1999 – 2010

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan dan Pelaksanaan

 

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

Majlis Daerah Maran

 

 

 

November 2000

 

 

13 September 2007

1031

 RancanganTempatanMaran19992010 

 

2.

 

RTD Maran 2020

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid II :

Garis Panduan Pembangunan

 

 

Majlis Daerah Maran

dengan kerjasama:

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

 

 

Disember 2010

 

 

 

22 Disember 2010

196

 RTDMaran2020

 

3.

 

RTD Maran

(Pengubahan)

 

Rancangan Tempatan Daerah Maran (Pengubahan)

 

Majlis Daerah Maran

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri   Pahang

 

 

 

2013

 

5 November 2015

No 2015

 RTDMaranPenggubahan

RTD Jerantut diwartakan pada 17.2.2011 dengan nombor warta 197. Kawasan Kajian RTD Jerantut meliputi seluruh daerah Jerantut yang terletak dibahagian utara negeri Pahang dengan keluasan 720,760.40 hektar. Berdasarkan kepada keluasan tersebut daerah Jerantut di pecah kepada 10 mukim iaitu mukim Pedah, Pulau Tawar, Teh, Tembeling, Kuala Tembeling, Hulu Cheka, Tebing Tinggi, Kelola, Burau Dan Hulu Tembeling.

Matlamat Pembangunan

“Menjadikan daerah Jerantut sebagai daerah yang maju dan sejahtera melalui pembangunan ekonomi yang berteraskan pertanian, pelancongan dan pembangunan mampan”.

Objektif Pembangunan

  • Mewujudkan keseimbangan pembangunan di antara keperluan pembangunan ekonomi, pengekalan khazanah alam sekitar dan pemeliharaan alam sekitar;
  • Meningkatkan kualiti kehidupan melalui penyediaan perumahan dan kemudahan masyarakat;
  • Meningkatkan sistem perhubungan daerah melalui perancangan jalan raya dan pengurusan trafik yang lebih efisyen;
  • Meningkatkan kualiti persekitaran melalui penyediaan infrastruktur dan utiliti yang efisyen;
  • Mempertingkatkan fungsi Daerah Jerantut sebagai Pusat Pelancongan Antarabangsa Menjelang Tahun 2020;
  • Meningkatkan tahap aksessibiliti dan kemudahsampaian melalui penyediaan sistem perhubungan dan pengangkutan awam yang komprehensif dan lebih efisyen;
  • Memajukan aktiviti asas tani sebagai penyokong kepada pertumbuhan ekonomi;
  • Memastikan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tidak terjejas oleh pembangunan; dan
  • Merancang pembangunan daerah ke arah pembangunan mampan.
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

Rancangan Tempatan Jerantut

 

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

Majlis Daerah Jerantut.

 

 

2001

 

21 Januari 2010

No.45

 Rancangan Tempatan Jerantut

 

2.

 

RTD Jerantut 2020

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid II :

Garis Panduan Dan Pelaksanaan

 

 

Majlis Daerah Jerantut

dengan kerjasama:

Unit Rancangan Pembangunan (URP Kuantan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

Disember 2010

 

17 Februari 2011

197

 RTDJerantut2020

 

3.

 

RTD Jerantut

( Pengubahan )

 

Rancangan Tempatan Daerah Jerantut

(Pengubahan)

 

 

Majlis Daerah Jerantut

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri   Pahang

 

 

2013

 

17 Disember 2015

No. 2239

RTD tidak dicetak oleh MDJ.

RTD Kuantan diwartakan pada 7.5.2009 dengan nombor warta 730. Kawasan Kajian RTD Kuantan meliputi keseluruhan daerah Kuantan yang berkeluasan 296,000 hektar. Ia terletak di bahagian timur Negeri Pahang dan bersempadan dengan Negeri Terengganu di bahagian utara, daerah Jerantut dan daerah Maran di bahagian barat, daerah Pekan di bahagian selatan dan Laut China Selatan di bahagian timur. Terdapat 6 buah mukim di daerah Kuantan iaitu Mukim Sungai Karang, Mukim Beserah, Mukim Kuala Kuantan, Mukim Penur, Mukim Ulu Kuantan dan Mukim Ulu Lepar.

Matlamat Pembangunan

“Membangunkan Kuantan sebagai Pusat Metropolis, Bandar Sejahtera (livable) dan Teras Pembangunan Pantai Timur”

Objektif Pembangunan

  • Menyediakan sistem perhubungan dan kemudahsampaian yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi
  • Meningkatkan bilangan penduduk
  • Memajukan Kuantan sebagai sebuah bandar perniagaan terpenting dan inovatif
  • Mengkhususkan di dalam penyediaan perkhidmatan bertahap tinggi
  • Menumpukan ke arah pewujudan masyarakat madani dan bestari
  • Meningkatkan penyediaan ameniti bandar bertaraf dunia
  • Meningkatkan kemajuan di dalam sains dan teknologi
  • Meningkatkan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge-based economy)
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

RT Jaya Gading – Gambang

 

Tidak diwartakan dan diselaraskan ke dalam RTD Kuantan   rtjayagading gambang                                                                                                                        

                                                                                                

 

2.

 

RTD Kuantan 2015

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan Pembangunan Dan Perlaksanaan

 

Majlis Perbandaran Kuantan

dengan kerjasama:

  1. Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
  1. ANZ Planners Sdn Bhd.

 

 

 

 

Januari 2009

 

 

 

 

7 Mei 2009

730

 rtdkuantan2015

 

3.

 

RTD Kuantan

( Pengubahan   )

 

Pengubahan Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2010-2015

Jilid 1: Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid II: Garispanduan Pembangunan dan Pelaksanaan

Pengubahan 1

 

 

 

 

Majlis Perbandaran Kuantan

 

 

 

2011

 

 

 

26 April 2012

Jil.65 No. 9

 

RTDKuantan1

 

4.

 

RTD Kuantan

( Pengubahan )

 

 

Rancangan Tempatan Daerah Kuantan

(Pengubahan Ke 2)

 

 

Majlis Perbandaran Kuantan

 

 

2012

 

3 Disember 2015

No. 2145

 

RTD Kuantan 2

RTD Bera diwartakan pada 6.12.2007 dengan warta Jil 60 nombor 1318. Kawasan Kajian RTD Bera meliputi keseluruhan daerah termasuk kawasan hutan simpan dengan keluasan keseluruhan 221, 444 hektar. Daerah Bera terletak di kawasan Pahang Tengah yang disempadani oleh daerah Bentong dan Temerloh disebelah utara, daerah Rompin disebelah timur, manakala Negeri Sembilan di bahagian barat dan Johor di sebelah selatan. Daerah Bera terdiri dari dua mukim iaitu mukim Triang dan Bera.

Matlamat Pembangunan

Daerah Bera akan di bangunkan secara pendekatan pembangunan ‘tumpuan’ bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan tidak menjejaskan kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan tadahan air.

Objektif Pembangunan

  • Kemudahan-kemudahan awam seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, keagamaan, rekreasi dan seumpamanya akan dipertingkatkan dan ditambah bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah;
  • Membangunkan kawasan perdagangan baru untuk membentuk penempatan kecil untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk yang terletak di kawasan rancangan tempatan dan kawasan sekitarnya;
  • Pembangunan kawasan perumahan akan memberi penekanan kepada perumahan berkepadatan sederhana dan rendah;
  • Mempelbagai dan mengukuhkan aktiviti industri baru sebagai usaha untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk setempat;
  • Meningkatkan dan menjajarkan semula jalan persekutuan dengan menyediakan elemen-elemen jalan yang sempurna yang dapat menjamin keselamatan pengguna;
  • Menyusun semula sistem pengangkutan bas awam dengan menambah bilangan dan kekerapan bas di laluan sediaada dan meningkatkan keadaan bas yang kurang memuaskan; dan
  • Mengenalpasti dan menjalankan promosi produk-produk pelancongan yang terdapat dalam kawasan rancangan tempatan.
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

RTD Bera 2015

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan Pembangunan

 

 

Majlis Daerah Bera

dengan kerjasama:

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

 

 

2004

 

 

6 Disember 2007

Jil.60 No.1318

 RTD Bera 2015

 

2.

 

RTD Bera ( Pengubahan )

 

Rancangan Tempatan Daerah Bera (Pengubahan)

 

Majlis Daerah Bera

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri   Pahang

 

 

 

2009

 

 

20 Disember 2012

No. 1883

 RTD Bera Pengubahan

RTD Rompin diwartakan pada 6.12.2007 dengan nombor warta Jil.60 nombor 1322. Kawasan Kajian RTD Rompin mempunyai keluasan 524,700.00 hektar. Ia terletak disebelah tenggara negeri Pahang dan disempadani oleh daerah-daerah seperti Pekan dan Maran di sebelah utara, Bera di sebelah barat, negeri Johor di bahagian selatan dan Laut China Selatan disebelah timur. Daerah Rompin mempunyai 5 mukim iaitu mukim Keratong, Rompin, Pontian, Endau dan Tioman.


Matlamat Pembangunan

“Menjadikan Daerah Rompin sebagai kawasan perdagangan dan pelancongan bertaraf dunia”

Objektif Pembangunan

  • Meningkatkan tahap pembangunan fizikal di kawasan pusat-pusat petempatan melalui penjanaan aktiviti ekonomi yang mampu meningkatkan aktiviti pembangunan seperti perumahan, perniagaan, penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur;
  • Mewujudkan imej bandar yang dapat menggambarkan identiti masyarakat supaya mudah dikenali pada peringkat yang lebih tinggi dan meningkatkan “sense of belonging” di kalangan penduduk setempat;
  • Penawaran perumahan terancang di kawasan luar bandar;
  • Penyediaan kemudahan sokongan yang menyeluruh dan efisian;
  • Penyediaan kemudahan masyarakat dikawasan baru secara terancang;
  • Meningkatkan tahap aksesibiliti di keseluruhan daerah Rompin melalui perancangan jalan-jalan baru dan menaiktaraf jalan-jalan sedia ada;
  • Pemeliharaan dan pemantauan berterusan sumber marin dan kawasan pulau; dan
  • Meningkatkan tahap kemudahan utiliti dan infrastruktur selaras dengan keperluan masa hadapan daerah Rompin.
BIL.NAMA RANCANGAN PEMAJUANJILIDDISEDIAKAN OLEHTAHUN DISEDIAKANTARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

RTD Rompin

2003-2015

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan Pelaksanaan

 

Majlis Rompin dan Lembaga Pembangunan Tioman

dengan kerjasama:

  1. Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
  2. Perunding Intergrated Planning Solution Sdn Bhd

 

 

 

 

 

November 2006

 

 

 

 

6 Disember 2007

Jil.60 No.1322

 RTD Rompin

 

2.

 

RTD Rompin

(Pengubahan)

 

Rancangan Tempatan Daerah Rompin (Pengubahan) 2015

 

  1. Majlis Daerah Rompin
  2. Lembaga Pembangunan Tioman

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang

 

 

 

2011

 

 

20 Disember 2012

No 1884

 RTD Rompin 1