PLANMalaysia@Pahang

Multi Language [EN] | [MY]

Rancangan Struktur Negeri (RSN) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar dan cadangan am tanah di dalam sesebuah negeri yang merangkumi aspek-aspek sosial, ekonomi, fizikal dan alam sekitar kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) sebagaimana di bawah peruntukan Seksyen 7 hingga Subseksyen 11B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172). Semua pernyataan bertulis ini disokong oleh gambar rajah utama dan beberapa pelan subjek serta pelan sisipan yang akan menunjukkan cadangan-cadangan pembangunan secara makro bagi seluruh sesebuah negeri.