PLANMalaysia@Pahang

Multi Language [EN] | [MY]

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS GENTING HIGHLANDS, BENTONG, PAHANG

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Genting Highlands, Bentong, Pahang telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 2 Mei 2024 (Selasa) sehingga 3 Jun 2024 (Isnin) dari 9.00 pagi hingga 4 petang.

Lokasi tetap bagi semakan dibuat: 

1.⁠ ⁠Pejabat Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Bentong 

2.⁠ ⁠PLANMalaysia Pahang, Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas Tingkat 3, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia Pahang)

Semakan boleh juga di atas talian melalui pautan berikut:

1.⁠ ⁠Laman Web https://bentong.iplanmps.com

2.⁠ ⁠Laman Web https://www.mpbentong.gov.my

Orang awam adalah dijemput untuk memeriksa Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Genting Highlands, Bentong, Pahang berkenaan. Bantahan terhadap atau representasi berkenaan Draf Rancangan Kawasan Khas tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang bantahan awam yang disediakan, surat atau memorandum sebelum atau pada 3 Jun 2024 (Isnin) dan hendaklah di alamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
Majlis Perbandaran Bentong
Jalan Ketari,
28700 Bentong,
Pahang Darul Darul
Tel : 09-2221148
Faks: 09-2221148
E-mel: mpb@mpbentong.gov.my

PENGARAH
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang
(PLANMalaysia Pahang)
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5721181
Fax : 09-5732001
Emel : pengarah.plan@pahang.gov.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *