PLANMalaysia@Pahang

Multi Language [EN] | [MY]

 BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT DAN LEMBAGA RAYUAN

OBJEKTIF

  • Mengurusetia dan menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri;
  • Mengurus permohonan rayuan pihak terkilan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Rayuan Negeri;
  • Memantau pelaksanaan dan pemakaian Akta Perancang Bandar Dan Desa, 1976;
  • Mengumpul, menghebah dan menyiarkan maklumat perancangan melalui web buletin, monograf, bengkel, seminar, latihan dan lain-lain siaran; dan
  • Meningkatkan sistem pengurusan kualiti jabatan melalui perkhidmatan perancangan Kualiti (ISO dan Audit Dalam).

FUNGSIĀ 

(i) Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan iaitu:
a. Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri;
b. Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Bersama Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) dan Ketua Unit One Stop Centre (OSC);
c. Mesyuarat Pengurusan Jabatan;
d. Mesyuarat Teknikal Jabatan, Mesyuarat Informations Communications Technologies (ICT) dan Laman Web;
e. Mesyuarat Rancangan Kerja Tahunan;
f. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) MS ISO 9001:2015; dan
g. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTKSAS)
(ii) Memastikan Lembaga Rayuan Negeri Pahang berfungsi sepertimana peruntukan di dalam Akta 172 dan Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 2005;

(iii) Mengemaskini garis panduan perancangan dan membuat hebahan kepada semua pihak yang berkepentingan;

(iv) Menyelaras maklumbalas bagi semua mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan;

(v) Mengemaskini laman web jabatan dan pelaporan kepada Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) dan menyelaras keperluan ICT Jabatan;

(vi) Menyelaras pelaporan berkaitan Kejiranan Hijau, Key Perfomance Indicators (KPI), Piagam Pelanggan dan sebagainya;

(vii) Menganjurkan dan menyediakan program dan penerbitan bagi tujuan mempromosi jabatan melalui seminar, bengkel, kursus, buletin rancang, laporan tahunan dan sebagainya.

(viii) Menyelaras/pengemaskinian MyPorfolio berdasarkan keperluan.