PLANMalaysia@Pahang

Multi Language [EN] | [MY]

Mesyuarat Urusan Rundingan di Bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa (AKTA 172) Negeri Pahang Bil.1/2023

mesy_rundingan20a
14 Februari 2023 | Selasa | Bilik Mesyuarat Pejabat Kewangan Negeri Pahang, Tingkat 6, Blok B, Wisma Sri Pahang

Jabatan merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB. Dato’ Sri Johari Harun , Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau yang telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Pahang Kali Ke-1 bagi tahun 2023. Penghargaan juga kepada wakil daripada 15 jabatan teknikal yang terlibat. Sebanyak 1 cadangan projek daripada pihak JKR Pahang telah dirundingkan dalam mesyuarat ini.
PLANMalaysia Pahang berperanan sebagai urusetia dan penasihat kepada pembangunan projek projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk dibawa dan dibentangkan ke Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) melalui urusetia Jawatankuasa Teknikal Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) di bawah Seksyen 20A, Akta 172 di mana menjadi kewajipan tiap-tiap Jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Jawatankuasa mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di dalam Negeri itu.
Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk memastikan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengambil maklum, berkenaan projek pembangunan yang hendak dilaksanakan dan mengelakkan kemungkinan pemajuan berkenaan terkeluar daripada perancangan seterusnya menyulitkan kerja-kerja penyelarasan pembangunan fizikal kawasan tersebut.
Ianya juga adalah selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 7 Tahun 2009 yang menekankan keperluan urusan rundingan bagi projek-projek pembangunan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya selaras dengan Seksyen 20A, Akta 172.
Urusetia Jawatankuasa Teknikal Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)
Bahagian Kawalan Perancangan.