PLANMalaysia@Pahang

Multi Language [EN] | [MY]
  • OBJEKTIF BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN
  • Memberi ulasan, pandangan dan khidmat nasihat perancangan kepada Negeri, Jabatan / Agensi dan pihak awam / swasta dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Menyelaras dan mengemaskini maklumat permohonan perancangan dan pelaporan dari semasa ke semasa ;
  • Menyedia dan mengurus kertas kerja di bawah sub seksyen 22 (2A) dan 2A (2)(b) untuk diangkat ke MPFN;
  • Membantu kerajaan Persekutuan, Negeri, daerah dan jabatan di dalam mengumpul, menyelaras dan menyediakan data-data guna tanah Negeri; dan
  • Menjadi pusat pembekal data guna tanah negeri kepada jabatan atau agensi yang berkaitan di dalam aspek perancangan dan pembangunan.

FUNGSI BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN

(i) Memberi khidmat nasihat perancangan kepada permohonan
a. Kebenaran Merancang;
b. Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA);
c. Tukar syarat tanah,
d. Rundingan JKR;
e. Permohonan tanah (Pejabat Tanah Dan Daerah);
f. Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta;
g. Tenaga Nasional Berhad; dan
h. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

(ii) Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (Projek JKR), Mesyuarat Fundamental Dataset (MyGDI) Negeri Pahang;

(iii) Mengemaskini dan membekal data serta maklumat gunatanah kepada orang awam dan agensi yang berkaitan;

(iv) Bertanggungjawab di dalam mengumpul, mengemaskini dan menyelaras data guna tanah (semasa, zoning dan komited) dan maklumat status pewartaan tanah lapang awam bagi semua PBT di Negeri Pahang;

(v) Membantu di dalam penyediaan kertas kerja untuk diangkat ke Jawatankuasa Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN); dan

(vi) Menyediakan kertas kerja / alert paper berkaitan kaedah,garispanduan dan lain-lain mengikut keperluan.