Laman Utama Laman Utama  |  Peta Laman  |   RSS Saiz teks:        
Khamis 11 Mac 2010 7:11:14am
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang Darul Makmur
Anda merupakan pengunjung kami yang ke:
web analytics and stats

Dikemaskini pada:
17 December 2008 04:11:33
Berita JPBD Pahang
NLetter
soalan lazim

LEMBAGA RAYUAN :

  1. Apa dia Lembaga Rayuan ?
  2. Bilakah ia ditubuhkan ?
  3. Siapakah Ahli Lembaga Rayuan ?
  4. Apakah perkara yang boleh dibuat rayuan ?
  5. Bagaimanakah rayuan boleh dibuat ?
  6. Siapakah Pendaftar Lembaga Rayuan ?
  7. Apakah syarat yang perlu dipatuhi untuk membuat rayuan ?
  8. Berapakah bayaran yang dikenakan ?
  9. Dimanakah perbicaraan dijalankan ?
  10. Adakah keputusan Lembaga Rayuan boleh diatasi oleh lain-lain mahkamah ?

Apa dia Lembaga Rayuan ?

Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran Merancang yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan

Back to Top

Bilakah ia ditubuhkan ?

Lembaga Rayuan ditubuhkan pada 1995 di bawah seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Back to Top

Siapakah Ahli Lembaga Rayuan ?

Mereka terdiri daripada ;

JAWATAN
NAMA
  Pengerusi :   En. Salamon Ali Rizal bin Abdul Rahman, A.M.P., B.C.M
  Timbalan Pengerusi :  
  Ahli-Ahli :   YH. Dato' Haji Zulkifli bin Jaafar, D.I.M.P., A.M.P.
    YH. Dato' Haji Mohd. Sharif bin Samsudin, D.I.M.P.
    YH. Dato' Dr. Yeow Seng Huat, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K.
    Encik S. Letchamanan, P.P.N., P.J.K.
  Pendaftar :   Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan Korporat, JPBD Pahang

 

Back to Top


Apakah perkara yang boleh dibuat rayuan ?

  • Sek.23 (1)(a) - permohonan yang ditolak atau syarat-syarat yang dikenakan.
  • Sek.25 (9) - Pampasan yang ditawarkan hasil daripada penarikan balik kebenaran Merancang atau pengubahan kebenaran Merancang.
  • Sek.30 (2) - Notis permintaan yang - memberhentikan pengunaan , mengemukakan syarat bagi penggunaan tanah , meminta langkah-langkah tertentu di ambil.
  • Sek. 30 (7) - terkilan dengan jumlah bayaran pampasan
  • Sek. 35,35b,35d dan 36 - terkilan dengan apa-apa perintah Bahagian V(a) Perintah Pemeliharaan Pokok Akta A933 
Back to Top

Bagaimanakah rayuan boleh dibuat ?

Permohonan hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Urusetia dan dihantar ke alamat berikut:-
                               Pendaftar,
                               Urusetia Lembaga Rayuan Negeri Pahang,
                               Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa,
                               Tingkat 4 Kompleks Tun Razak,
                               25200 Bandar Indera Mahkota,
                               KUANTAN.

Back to Top

Siapakah Pendaftar Lembaga Rayuan ?

Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan Korporat JPBD Negeri Pahang adalah sebagai Pendaftar Lembaga Rayuan

Back to Top

Apakah syarat yang perlu dipatuhi untuk membuat rayuan ?

Rayuan hendaklah dikemukakan dalam masa satu bulan daripada tarikh keputusan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Back to Top

Berapakah bayaran yang dikenakan ?

Pendaftaran dikenakan sebanyak RM 100 bagi setiap kes.

Back to Top

Dimanakah perbicaraan dijalankan ?

Bergantung dimana kes yang dibawa oleh pihak orang awam untuk membuat rayuan.

Back to Top

Adakah keputusan Lembaga Rayuan boleh diatasi oleh lain-lain mahkamah ?

Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Back to Top

KAWALAN PERANCANGAN :

  1. Apa itu Khidmat Nasihat Perancangan ( KNP ) ?
  2. Apakah maklumat yang diperlukan untuk melihat gunatanah bagi lot pemohon  ?
  3. Berapa lamakah masa yang diambil oleh jabatan untuk memproses permohonan perancangan ?
  4. Bolehkah pemohon membuat pertanyaan perancangan melalui telefon  ?
  5. Apakah maklumat untuk permohonan kelulusan Tukar Syarat Tanah ?
  6. Apakah Kebenaran Merancang ?

Apa itu Khidmat Nasihat Perancangan ( KNP )?

Khidmat Nasihat Perancangan adalah perkhidmatan jabatan ini kepada orang awam sebelum mengemukakan permohonan rasmi kepada PBT / PTD. Ianya disediakan melalui perkhidmatan di kaunter melalui pertanyaan.

Back to Top

Apakah maklumat yang diperlukan untuk melihat gunatanah bagi lot pemohon ?

Pemohon perlu mengemukakan ;
>No Lot dan No Syit bagi memudahkan mendapatkan maklumat berkenaan gunatanah bagi lot tersebut.

Back to Top

Berapa lamakah masa yang diambil oleh jabatan untuk memproses permohonan perancangan ?

Mengikut Piagam Pelanggan jabatan masa yang di ambil adalah selama 24 hari bekerja jika maklumat yang disediakan lengkap.

Back to Top

Bolehkah pemohon membuat pertanyaan perancangan melalui telefon  ?

Bahagian Kawalan Perancangan bersedia menjawab sebarang pertanyaan melalui telefon berhubung dengan masalah permohonan perancangan.

Back to Top

Apakah Kebenaran Merancang ?

Kebenaran Merancang hendaklah diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sebelum sesuatu pemajuan dapat dimulakan mengikut Seksyen 19. Permohonan mendapatkan Kebenaran Merancang hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir, dan disertakan dengan dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang ditetapkan oleh PBT sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 21(1). Seksyen 21(3) berkehendakkan , jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBT boleh mengarahkan permohon mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjak belakang bangunan dan sebagainya.

 
Back to Top

 

 

 
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explorer 7 ke atas
dengan resolusi 1024 x 768. Klik di sini untuk memuat-turun Internet Explorer 7.0

JPBD tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan
yang mungkin berlaku disebabkan oleh penggunaan
maklumat di dalam laman web ini.
 
Hakcipta terpelihara © 2004-2008 JPBD Negeri Pahang.
Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pahang,
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota,
25200, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No. Tel: 09-572 1181 / 572 1182  No Faks: 09-573 2001