I. RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)
Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005.
Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya:
- Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-dasar sektoral lain yang berkaitan.
- Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan
- Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun.
Fungsi Rancangan Fizikal Negara
- Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara.
- Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral.
- Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan
- Membentuk polisi perancangan fizikal.
Lapan Tema Rancangan Fizikal Negara
- Pembentukan kerangka spatial negara;
- Peningkatan daya saing ekonomi negara;
- Pemodenan sektor pertanian;
- Pengukuhan pembangunan pelancongan;
- Pengurusan petempatan manusia;
- Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar;
- Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara; dan
- Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian.
PELAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA < sila klik di sini
*muat turun laporan lengkap Rancangan Fizikal Negera < sila klik di sini
II. RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN) PAHANG
RSN merupakan dokumen perancangan yang menyatakan dasar-dasar strategik dan cadangan-cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara makro bagi seluruh Negeri Pahang menjelang tahun 2020. RSN ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172.
Dasar-dasar dan cadangan–cadangan RSN Pahang ini disertai dengan Pelan Strategik Guna Tanah Negeri Pahang 2020 iaitu pelan yang menunjukkan secara indikatif cadangan-cadangan strategik penggunaan tanah dan tren pembangunan negeri menjelang tahun 2020.
Penyediaan RSN ini melibatkan dua peringkat utama iaitu peringkat penyediaan Laporan Pemeriksaan dan peringkat penyediaan Laporan RSN Pahang. RSN Pahang ini akan digunakan sebagai asas perancangan oleh Kerajaan Negeri Pahang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan yang terlibat dalam pembangunan guna tanah dan fizikal dalam seluruh Negeri Pahang.
RSN Pahang ini mengandungi 29 dasar-dasar pembangunan, 109 langkah-langkah pelaksanaan dan 63 indikator untuk mengukur pencapaian dasar-dasar dalam pelaksanaannya. Dokumen ini telah dipublisitikan untuk bantahan oleh orang awam bermula dari 12 Disember 2006 hingga 12 Januari 2007.
Dokumen ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 1/2007 pada 22 Februari 2007 dan diangkat ke MPFN pada 31 Mei 2007 yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia bagi mendapatkan pandangan dan nasihat. Dokumen RSN Pahang ini telah diluluskan oleh MPFN. Dokumen RSN Pahang ini juga telah mendapat pesetujuan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 5 September 2007 untuk diwartakan. Dan RSN ini telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Jil. 60 No. 1281 pada 22 November 2007.
RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG < sila klik di sini
Tarikh Kelulusan Pewartaan
Rancangan Struktur (RS)
Bil. |
Negeri/Kawasan |
Tarikh Warta/
MMK/JPN |
1. |
RS MP Kuantan |
14.04.94 |
2. |
RS MD Bentong |
19.12.96 |
3. |
RS Raub |
19.12.96 |
4. |
RS Lipis |
19.12.96 |
5. |
RS Cameron Highlands |
08.05.97 |
6. |
RS Temerloh |
18.12.97 |
7. |
RS Jerantut |
18.12.97 |
8. |
RS Maran |
18.12.97 |
9. |
RS Bera |
18.12.97 |
10. |
RS Pekan |
08.05.97 |
11. |
RS Rompin |
08.05.97 |
III. RANCANGAN TEMPATAN DAERAH
Rancangan Tempatan merupakan Suatu Peta Cadangan yang disokong oleh penyataan bertulis yang menerangkan secara terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memajukan tanah, peliharaan topografi, alam sekitar dan sebagainya.
Rancangan Tempatan ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) mengikut seksyen 12,13,14, & 15 yang mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan Tempatan (RT) ini.
Pihak berkuasa perancangan tempatan, semasa suatu draf rancangan struktur sedang disediakan, atau sebelum Pihak Berkuasa Negeri memberikan persetujuan mengenai suatu draf rancangan struktur yang telah disediakan, boleh, jika difikirkan wajar, menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi mana-mana bahagian kawasannya. Jika suatu rancangan struktur bagi Negeri telah berkuat kuasa, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah dengan secepat yang dapat menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi seluruh kawasannya.
Suatu draf rancangan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu pertanyaan bertulis dan hendaklah:
(a)merumuskan secara terperinci sebagaimana yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan, mengenai cadangannya bagi:
- Memajukan;
- Menggunakan tanah;
- Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal bagi;
- Memelihara topografi semulajadi;
- Memperelok landskap;
- Memelihara dan menanam pokok dalam;
- Mengadakan tanah lapang dalam;
- Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam;
- Memperelok sistem komunikasi dalam; dan
- Menguruskan lalu lintas dalam; kawasan rancangan tempatan dan
Fungsi Rancangan Tempatan Daerah (RTD)
-
Terjemahan dan perincian daripada Dasar RSN;
- Sebagai garis panduan untuk tujuan kawalan pembangunan;
- Dapat mengenalpasti keutamaan kawasan tindakan -RKK; dan
- Sebagai asas kepada Pihak Berkuasa Tempatan, agensi kerajaan dalam pembangunan kawasan.
RTD di Negeri Pahang :
1. Draf RT Daerah Kuantan
2. Draf RT Daerah Rompin
3. Draf RT Daerah Pekan
4. Draf RT Daerah Bera
5. Draf RT Daerah Cameron Highlands
6. Draf RT Daerah Raub
Tarikh Kelulusan Pewartaan
Rancangan Tempatan (RT) :
Bil. |
Negeri/Kawasan |
Tarikh Warta/
MMK/JPN |
1. |
RT Seberang Kuantan |
18.12.97 |
2. |
RT Pusat Bandar Kuantan |
18.12.97 |
3. |
RT Persisiran Pantai |
18.12.97 |
4. |
RT Jaya Gading-Gambang |
Lulus JPN 12.4.2000 |
5. |
RT Bandar Bentong |
9.8.2000 |
6. |
RT Maran |
Lulus JPN 20.11.2001 |
7 |
RT Jerantut |
Lulus JPN 9.4.2002 |
8. |
RT Bandar Lipis |
No. 935
4.11.2004 |
9. |
RT Temerloh |
16.8.2007 |
10. |
RT Daerah Bera |
No.1318
6.12.2007 |
11. |
RT Daerah
Cameron Highlands |
No.1319 6.12.2007 |
12. |
RT Daerah Pekan |
No.1320
6.12.2007 |
13. |
RT Daerah Raub |
No.1321
6.12.2007 |
14. |
RT Daerah Rompin |
No.1322
6.12.2007 |
Nota :
JPN : Jawatankuasa Perancang Negeri
MMK : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
IV. RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)
Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan suatu rancangan pemajuan yang terperinci untuk tujuan pelaksanaan. Penyediaannya dan kuatkuasanya sama seperti mana Rancangan Tempatan. Jawatankuasa Perancang Negeri yang akan meluluskan Rancangan Kawasan Khas ini.
Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) mengikut seksyen 16B (i), (ii) dan (iii), yang mana Pengarah JPBD / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini.
Hasil utama bagi Rancangan Kawasan Khas ini adalah sepert berikut :-
- Pelan Tindakan Pembangunan disokong oleh
- Pelan Susunatur
- Pelan Pengurusan (KSAS)
Jenis-Jenis Rancangan Kawasan Khas (RKK) :
- RKK Pembangunan Semula;
- RKK Berkepentingan Warisan ;
- Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal bagi;
- Memelihara topografi semulajadi;
- Memperelok landskap;
- Memelihara dan menanam pokok dalam;
- Mengadakan tanah lapang dalam;
- Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam;
- Memperelok sistem komunikasi dalam; dan
- Menguruskan lalu lintas dalam; kawasan rancangan tempatan.
Keluasan RKK ini bergantung kepada jenis RKK yang dibangunkan antara 50 hingga 100 hektar.
RKK ini juga perlu di bawa untuk publisiti kepada orang awam selama 4 minggu, dimana semasa Peringkat Awal dan Peringkat Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan diadakan pameran kepada orang awam untuk maklumbalas terhadap RKK yang disediakan tersebut.
V. MAKLUMAT LAPORAN STATUS PEWARTAAN KAWASAN LAPANG < sila klik di sini
|