Laman Utama Laman Utama  |  Peta Laman  |   RSS Saiz teks:        
Jumaat 30 Julai 2010 9:24:41am
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang Darul Makmur
Anda merupakan pengunjung kami yang ke:
web analytics and stats

Dikemaskini pada:
30 July 2009 01:29:53
Berita JPBD Pahang
NLetter
PERUTUSAN PENGARAH

Dato' Zainon

Sayang Chek Ali pergi ke Daik,
Sampai di Daik dia menyangkul,
Kalau asal budi yang baik,
Beri segenggam jadi sepikul.


DATO' ZAINON AHMAD
Pengarah Perancang Bandar Dan Desa, Negeri Pahang

Assalam'muaalaikum'warah'matullah'hibarakatuh,

Alhamdulillah, semangat kerja berpasukan yang diamalkan oleh semua pekerja JPBD Pahang telah berjaya memberi khidmat perancangan yang baik kepada masyarakat. Kerjasama yang baik daripada semua jabatan/agensi kerajaan mahupun swasta juga telah membantu JPBD Pahang menambahbaik proses kerja untuk memberi perkhidmatan yang tepat, cepat dan telus. Antara program yang telah dilaksanakan adalah “round table discussion”, pameran, dan seminar dalam usaha untuk mendekatkan jabatan dengan orang awam dan profesional lain yang terdapat di Negeri Pahang Darul Makmur.

Memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada masyarakat adalah perkara yang diberi perhatian serius oleh JPBD Pahang. Pendekatan seperti memperbaiki laman web jabatan supaya boleh memberi maklumat perancangan lengkap dan kemaskini secara “online”, “electronic processing” dan menghubungi pemohon untuk mengadakan perbincangan telah dilaksanakan. JPBD Pahang sentiasa bersedia menangani masalah serta isu yang timbul dengan segera dan berazam supaya masalah berkenaan tidak diulangi.

Terima kasih kepada semua pekerja yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam menjadikan JPBD sebagai Jabatan yang Cemerlang. Semoga budi baik dan kerjasama anda ini akan sentiasa berterusan.

 
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explorer 7 ke atas
dengan resolusi 1024 x 768. Klik di sini untuk memuat-turun Internet Explorer 7.0

JPBD tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan
yang mungkin berlaku disebabkan oleh penggunaan
maklumat di dalam laman web ini.
 
Hakcipta terpelihara © 2004-2008 JPBD Negeri Pahang.
Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pahang,
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota,
25200, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No. Tel: 09-572 1181 / 572 1182  No Faks: 09-573 2001