Program Publisiti Awal dan Focus Group Discussion (FGD)

Program Publisiti Awal dan Focus Group Discussion (FGD) bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Gemok, Rompin, Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hj. Mohd Johari bin Hj. Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman pada 22 April 2019 bertempat di Dewan Kuala Rompin, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberikan hebahan awal kepada peserta program mengenai maksud penyediaan kajian ini disamping mendapatkan input dan maklum balas daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak-pihak berkepentingan dan wakil pemimpin-pemimpin masyarakat yang berkaitan dengan hala tuju pembangunan dan perancangan khususnya di kawasan kajian dan sekitarnya.

 

Cetak