The current Bet365 opening offer for new customers is market-leading Open Account Offer Bet365 Make a deposit of £10-£200 and then enter the 10-digit bonus code You can get a free bet right now when you open an account.

Frequently Asked Questions - Bahasa Melayu

FAQs - Bahasa Melayu

LCP perlu disediakan bagi mengiringi setiap permohonan cadangan pembangunan di dalam sesuatu kawasan PBPT.

TAGS: splwpk-faq

Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

Rancangan Pembangunan terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, Rancangan Kawasan Khas. Ianya menjadi dokumen rujukan yang sah untuk rangkakerja perancangan, menggalakkan pembangunan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Suatu pelan pembangunan yang menerangkan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju corak pembangunan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia.

Terdapat 3 jenis pemajuan yang perlu dirujuk kepada MPFN iaitu:

  • Pembangunan suatu perbandaran bagi penduduk yang melebihi 10,000 orang atau meliputi suatu kawasan yang lebih daripada 100 hektar atau kedua-duanya;
  • Suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama; dan
  • Suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitive dalam suatu rancangan pemajuan.

Suatu pelan pembangunan yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkaitan pemajuan dan penggunaan tanah disesebuah negeri bagi tempoh 15 hingga 20 tahun.

  • Suatu pelan pembangunan yang menunjukan cadangan gunatanah bagi setiap lot tanah di setiap daerah bagi tempoh 10 tahun;
  • Pelan ini juga menunjukkan projek-projek yang akan di laksanakan didaerah berkaitan; dan
  • Pelan ini dilengkapi dengan garis panduan perancangan yang perlu di patuhi semasa pembangunan tanah dilaksanakan.

Orang awam terilbat secara langsung dalam penyediaan RS dan RT pada peringkat publisiti dan penyertaan awam. Pada peringkat publisiti awal iaitu semasa penyediaan laporan tinjauan bagi RS dan laporan awal bagi RT, orang awam diberi peluang memberi pandangan, mengenalpasti isu, keperluan dan keutamaan pelbagai kumpulan melalui perbincangan kumpulan sasaran. Manakala pada peringkat publisiti dan penyertaan awam bagi laporan draf RS dan draf RT orang awam diberi peluang selama sebulan untuk memeriksa, memberi bantahan dan cadangan terhadap segala kandungan yang terdapat pada draf RS dan draf RT.

Memeriksa dan menyemak laporan draf RS atau draf RT. Mengemukakan borang bantahan awam draf RS atau draf RT secara manual atau digital dan menghadiri majlis publisiti dan bantahan awam yang dianjurkan oleh jabatan ini dan PBT. Pihak awam berperanan penting dalam semua peringkat perancangan sama ada sebelum, semasa atau selepasnya. Pihak agensi pelaksana seperti jabatan kerajaan memerlukan tindakbalas atau responsif daripada pihak awam pada peringkat awal agar perancangan yang dijalankan tidak terkeluar daripada matlamat merancang untuk rakyat. Ini selaras dengan konsep hubungan MANUSIA dengan MANUSIA. Peranan awam dapat membantu pihak pelaksana membuat perancangan dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana pihak awam merupakan penduduki tempatan yang tinggal di dalam kawasan perancangan.

  • Merupakan hak milik yang dikeluarkan kepada setiap unit/petak yang telah dijual bagi:
  • pembangunan hartanah yang berbilang tingkat (cth: kondominium, apartment, rumah pangsa, kompleks perniagaan, town house dan sebagainya); dan
  • pembangunan hartanah yang mempunyai kawasan persendirian (cth : skim komuniti berpagar (GACOS))