RTD Temerloh

RTD Temerloh diwartakan pada 8.12.2011 dengan nombor warta 1981. Kawasan Kajian RTD Temerloh meliputi keseluruhan daerah Temerloh dengan keluasan 228,190.09 hektar. Daerah Temerloh yang terletak di dalam Koridor Tengah di sempadani dengan daerah Maran di sebelah timur, daerah Jerantut dan Raub di sempadan utara, daerah Bentong di sempadan barat dan daerah Bera di bahagian selatan. Daerah Temerloh terdiri daripada 10 mukim iaitu mukim Perak, Mentakab, Lebak, Bangau, Songsang, Sanggang, Lipat Kajang, Kerdau, Jenderak dan Semantan.

Matlamat Pembangunan

“Merealisasikan Temerloh sebagai daerah maju dan sejahtera dan juga akan dikenali Temerloh sebagai titik tengah semenanjung (TTTS)”

Objektif Pembangunan

  • Merangka cadangan gunatanah perindustrian, perniagaan, pertanian yang teratur bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi daerah;
  • Mewujudkan kawasan perbandaran yang maju, sejahtera lengkap dengan kemudahan asas dan awam yang selaras dengan Dasar Perbandaran Negara;
  • Mengenalpasti projek-projek utama di bandar dan luar bandar bagi mewujudkan pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar tanpa mengabaikan kepentingan alam sekitar;
  • Memelihara dan menguruskan secara bijak sumber-sumber asli dan semulajadi yang mempunyai kepentingan alam sekitar dan biologi, nilai sejarah dan keindahan yang perlu dipelihara dan dikekalkan;
  • Memperbaiki dan meningkatkan sistem lalulintas serta rangkaian jalan khususnya di pusat bandar dengan mencadangkan laluan-laluan baru dan memperkukuhkan kemudahan infrastruktur ke arah mempergiatkan lagi pertumbuhan di kawasan-kawasan desa;
  • Menyedia dan menaiktaraf sistem saliran dan perparitan serta sistem pembetungan di dalam Daerah Temerloh terutamanya di kawasan pembangunan utama dan bermasalah; dan
  • Meningkatkan sistem penyampaian serta keupayaan institusi pelaksanaan.
BIL. NAMA RANCANGAN PEMAJUAN JILID DISEDIAKAN OLEH TAHUN DISEDIAKAN TARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

Rancangan Tempatan Temerloh

 

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

Majlis Perbandaran Temerloh

 

 

 

 

2000

 

 

16 Ogos 2007

934

 RancanganTempatanTemerloh

 

2.

 

RTD Temerloh 2007 - 2015

 

Rancangan Tempatan Daerah Temerloh

2007 - 2015

 

Majlis Perbandaran Temerloh

dengan kerjasama:

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

 

 

Februari 2010

 

16 September 2010

No. 1360

 rtdtemerloh2007 2015

Cetak