RTD Rompin

RTD Rompin diwartakan pada 6.12.2007 dengan nombor warta Jil.60 nombor 1322. Kawasan Kajian RTD Rompin mempunyai keluasan 524,700.00 hektar. Ia terletak disebelah tenggara negeri Pahang dan disempadani oleh daerah-daerah seperti Pekan dan Maran di sebelah utara, Bera di sebelah barat, negeri Johor di bahagian selatan dan Laut China Selatan disebelah timur. Daerah Rompin mempunyai 5 mukim iaitu mukim Keratong, Rompin, Pontian, Endau dan Tioman.


Matlamat Pembangunan

“Menjadikan daerah Rompin sebagai kawasan perdagangan dan pelancongan bertaraf dunia”

Objektif Pembangunan

  • Meningkatkan tahap pembangunan fizikal di kawasan pusat-pusat petempatan melalui penjanaan aktiviti ekonomi yang mampu meningkatkan aktiviti pembangunan seperti perumahan, perniagaan, penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur;
  • Mewujudkan imej bandar yang dapat menggambarkan identiti masyarakat supaya mudah dikenali pada peringkat yang lebih tinggi dan meningkatkan “sense of belonging” di kalangan penduduk setempat;
  • Penawaran perumahan terancang di kawasan luar bandar;
  • Penyediaan kemudahan sokongan yang menyeluruh dan efisian;
  • Penyediaan kemudahan masyarakat dikawasan baru secara terancang;
  • Meningkatkan tahap aksesibiliti di keseluruhan daerah Rompin melalui perancangan jalan-jalan baru dan menaiktaraf jalan-jalan sedia ada;
  • Pemeliharaan dan pemantauan berterusan sumber marin dan kawasan pulau; dan
  • Meningkatkan tahap kemudahan utiliti dan infrastruktur selaras dengan keperluan masa hadapan daerah Rompin.
BIL. NAMA RANCANGAN PEMAJUAN JILID DISEDIAKAN OLEH TAHUN DISEDIAKAN TARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

RTD Rompin

2003-2015

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan Pelaksanaan

 

Majlis Rompin dan Lembaga Pembangunan Tioman

dengan kerjasama:

  1. Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
  2. Perunding Intergrated Planning Solution Sdn Bhd

 

 

 

 

 

November 2006

 

 

 

 

6 Disember 2007

Jil.60 No.1322

 RTD Rompin

 

2.

 

RTD Rompin

(Pengubahan)

 

Rancangan Tempatan Daerah Rompin (Pengubahan) 2015

 

  1. Majlis Daerah Rompin
  2. Lembaga Pembangunan Tioman

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang

 

 

 

2011

 

 

20 Disember 2012

No 1884

 RTD Rompin 1

Cetak