RTD Jerantut

RTD Jerantut diwartakan pada 17.2.2011 dengan nombor warta 197. Kawasan Kajian RTD Jerantut meliputi seluruh daerah Jerantut yang terletak dibahagian utara negeri Pahang dengan keluasan 720,760.40 hektar. Berdasarkan kepada keluasan tersebut daerah Jerantut di pecah kepada 10 mukim iaitu mukim Pedah, Pulau Tawar, Teh, Tembeling, Kuala Tembeling, Hulu Cheka, Tebing Tinggi, Kelola, Burau Dan Hulu Tembeling.

Matlamat Pembangunan

“Menjadikan daerah Jerantut sebagai daerah yang maju dan sejahtera melalui pembangunan ekonomi yang berteraskan pertanian, pelancongan dan pembangunan mampan”.

Objektif Pembangunan

  • Mewujudkan keseimbangan pembangunan di antara keperluan pembangunan ekonomi, pengekalan khazanah alam sekitar dan pemeliharaan alam sekitar;
  • Meningkatkan kualiti kehidupan melalui penyediaan perumahan dan kemudahan masyarakat;
  • Meningkatkan sistem perhubungan daerah melalui perancangan jalan raya dan pengurusan trafik yang lebih efisyen;
  • Meningkatkan kualiti persekitaran melalui penyediaan infrastruktur dan utiliti yang efisyen;
  • Mempertingkatkan fungsi Daerah Jerantut sebagai Pusat Pelancongan Antarabangsa Menjelang Tahun 2020;
  • Meningkatkan tahap aksessibiliti dan kemudahsampaian melalui penyediaan sistem perhubungan dan pengangkutan awam yang komprehensif dan lebih efisyen;
  • Memajukan aktiviti asas tani sebagai penyokong kepada pertumbuhan ekonomi;
  • Memastikan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tidak terjejas oleh pembangunan; dan
  • Merancang pembangunan daerah ke arah pembangunan mampan.
BIL. NAMA RANCANGAN PEMAJUAN JILID DISEDIAKAN OLEH TAHUN DISEDIAKAN TARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

Rancangan Tempatan Jerantut

 

 

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan kerjasama:

Majlis Daerah Jerantut.

 

 

2001

 

21 Januari 2010

No.45

 Rancangan Tempatan Jerantut

 

2.

 

RTD Jerantut 2020

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid II :

Garis Panduan Dan Pelaksanaan

 

 

Majlis Daerah Jerantut

dengan kerjasama:

Unit Rancangan Pembangunan (URP Kuantan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

Disember 2010

 

17 Februari 2011

197

 RTDJerantut2020

 

3.

 

RTD Jerantut

( Pengubahan )

 

Rancangan Tempatan Daerah Jerantut

(Pengubahan)

 

 

Majlis Daerah Jerantut

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri   Pahang

 

 

2013

 

17 Disember 2015

No. 2239

RTD tidak dicetak oleh MDJ.

Cetak