RTD Bera

RTD Bera diwartakan pada 6.12.2007 dengan warta Jil 60 nombor 1318. Kawasan Kajian RTD Bera meliputi keseluruhan daerah termasuk kawasan hutan simpan dengan keluasan keseluruhan 221, 444 hektar. Daerah Bera terletak di kawasan Pahang Tengah yang disempadani oleh daerah Bentong dan Temerloh disebelah utara, daerah Rompin disebelah timur, manakala Negeri Sembilan di bahagian barat dan Johor di sebelah selatan. Daerah Bera terdiri dari dua mukim iaitu mukim Triang dan Bera.

Matlamat Pembangunan

Daerah Bera akan di bangunkan secara pendekatan pembangunan ‘tumpuan’ bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan tidak menjejaskan kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan tadahan air.

Objektif Pembangunan

  • Kemudahan-kemudahan awam seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, keagamaan, rekreasi dan seumpamanya akan dipertingkatkan dan ditambah bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah;
  • Membangunkan kawasan perdagangan baru untuk membentuk penempatan kecil untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk yang terletak di kawasan rancangan tempatan dan kawasan sekitarnya;
  • Pembangunan kawasan perumahan akan memberi penekanan kepada perumahan berkepadatan sederhana dan rendah;
  • Mempelbagai dan mengukuhkan aktiviti industri baru sebagai usaha untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk setempat;
  • Meningkatkan dan menjajarkan semula jalan persekutuan dengan menyediakan elemen-elemen jalan yang sempurna yang dapat menjamin keselamatan pengguna;
  • Menyusun semula sistem pengangkutan bas awam dengan menambah bilangan dan kekerapan bas di laluan sediaada dan meningkatkan keadaan bas yang kurang memuaskan; dan
  • Mengenalpasti dan menjalankan promosi produk-produk pelancongan yang terdapat dalam kawasan rancangan tempatan.
BIL. NAMA RANCANGAN PEMAJUAN JILID DISEDIAKAN OLEH TAHUN DISEDIAKAN TARIKH WARTA DAN NO. WARTA

FOTO

MUKA DEPAN LAPORAN

 

1.

 

RTD Bera 2015

 

Jilid 1 :

Peta Cadangan dan Penyataan Bertulis

Jilid 2 :

Garis Panduan Pembangunan

 

 

Majlis Daerah Bera

dengan kerjasama:

Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 

 

 

2004

 

 

6 Disember 2007

Jil.60 No.1318

 RTD Bera 2015

 

2.

 

RTD Bera ( Pengubahan )

 

Rancangan Tempatan Daerah Bera (Pengubahan)

 

Majlis Daerah Bera

dengan kerjasama:

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri   Pahang

 

 

 

2009

 

 

20 Disember 2012

No. 1883

 RTD Bera Pengubahan

Cetak