FUNGSI DAN BIDANG KUASA

Fungsi-Fungsi JPN sebagaimana peruntukan subseksyen 4(4) Akta 172 adalah seperti berikut:

  1. Untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri;
  2. Untuk mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;
  3. Untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah dalam Negeri; dan
  4. Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya.

Bidang Kuasa JPN adalah seperti berikut:

  1. Kuasa Memberi Arahan kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan;
  2. Kuasa Mengarahkan Supaya Diadakan Siasatan Dan Pendengaran Tempatan;
  3. Kuasa Berkenaan Jawatankuasa Perancang Wilayah;
  4. Kuasa Dalam Penyediaan Rancangan Struktur;
  5. Kuasa Dalam Penyediaan Rancangan Tempatan;
  6. Kuasa Dalam Penyediaan Rancangan Kawasan Khas; dan
  7. Kuasa Mewajibkan Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Untuk Berunding Kuasa Dalam Proses Kawalan Perancangan.

Cetak