Perutusan Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman web rasmi PLANMalaysia@Pahang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang Darul Makmur)

Selamat Tahun Baru 2019.

Alhamdulilah, bersama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita masih dapat meneruskan kehidupan ini dan seterusnya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam mengharungi tahun 2019.

Tahun 2019 pasti merupakan tahun yang amat mencabar selari dengan pembangunan fizikal, sosial dan rohaniah. Sebagai peneraju dalam aspek perancangan bandar dan desa yang bertangunggjawab merancang persekitaran kehidupan yang berkualiti,  PLANMalaysia@Pahang beriltizam untuk memacu perancangan dan pembangunan fizikal di Negeri Pahang melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan secara komprehensif dan sistematik.

Begitu juga dengan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam, dengan segala pencapaian yang dikecapi pada 2018, penjawat awam harus membawa momentum ke tahun 2019 untuk membina kegemilangan dalam misi mulakan kejayaan untuk negara seperti yang disarankan oleh ketua setiausaha negara dengan 6 pendekatan baru dalam menggalas tangungjawab yang sedia ada.

Akhir kata, semoga tahun 2019, 

Seiringan dengan itu, PLANMalaysia@Pahang akan teru mempertingkatkan produktivit bagi mencapai kesemua program jabtan serta diharapkan usaha-usaha murni ini akan dapat diteruskan untuk kejayaan di masa akan datang, In Sya Allah.

Sekian, terima kasih.

Harizah binti Dato' Haji Hassan

Cetak