Frequently Asked Questions - Bahasa Melayu

FAQs - Bahasa Melayu

Perkhidmatan utama JPBD Negeri Pahang adalah seperti berikut :-

  • Memberi ulasan perancangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan/agensi kerajaan dan pemaju hartanah berhubung perkara berikut :-
  1. Permohonan pelan susun atur;
  2. Permohonan pelan bangunan;
  3. Permohonan perancangan tapak;
  4. Permohonan tukar syarat, pecah sempadan, pecah bahagian dan pencantuman tanah;
  5. Laporan kesan impak alam sekitar (EIA);
  6. Permohonan pelaburan; dan
  7. Projek-projek infrastruktur dan utiliti.
  • Semua proses permohonan di atas perlu dibuat dalam masa 14 hari daripada tarikh penerimaan selaras dengan Garis Panduan Pusat Setempat (OSC);
  • Menyediakan Rancangan Struktur Negeri bagi Pihak Berkuasa Negeri sepertimana Seksyen 7, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172);
  • Menasihati PBT dalam penyediaan Rancangan-Rancangan Pembangunan yang disediakan seperti Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas;
  • Menjalankan kajian-kajian perancangan bukan statutori yang diarahkan oleh pihak berkuasa negeri seperti pelan rancangan tanah berkelompok, pusat pertumbuhan baru dan pelan perumahan di atas tanah Kerajaan;
  • Membekalkan maklumat gunatanah kepada jabatan/agensi kerajaan sebagai input kepada perancangan projek;
  • Memberi kefahaman berkenaan Akta 172, garis panduan dan piawaian perancangan kepada PBT. Sebanyak 34 garis panduan telah diterimapakai di Negeri Pahang;
  • Menyelaras penyediaan kertas permohonan cadangan pemajuan di bawah subseksyen 22(2A), Akta 172 untuk dibawa ke Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri;
  • Memaklumkan permohonan cadangan pemajuan di bawah seksyen 20A, Akta 172 kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) yang dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang;
  • Menyelaras perlaksanaan Pusat Setempat dalam memproses permohonan kebenaran merancang dan pembangunan tanah;
  • Memberi maklumbalas kepada aduan-aduan daripada orang awam secara “on line” melalui laman web jabatan dialamat http/jpbd.pahang.gov.my; dan



    Menyelia penyediaan maklumat untuk program “Malaysian Urban Network” (MURNInet) dan Bandar Selamat yang perlu dilaksanakan oleh semua PBT.

Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran Merancang yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT).

Ahli Lembaga Rayuan yang baru dalam proses lantikan.

Bagi seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai permohonan kelulusan sesuatu cadangan pembangunan atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kelulusan cadangan pembangunan;
Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kelulusan sesuatu cadangan pembangunan;
Bagi seseorang yang tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBT akibat menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai tanah, kerana mematuhi kos permintaan PBT;
Bagi seorang pemilik tanah yang tidak berpuashati kerana mengalami kerugian yang berupa kesusutan dalam nilai tanah akibat daripada mematuhi perintah pemeliharaan pokok;
Bilamana orang yang telah didapati bersalah kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Pemerintah Pemeliharaan Pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok lain.

Bagi seseorang ingin merayu, rayuan boleh dibuat dengan mengisi borang rayuan yang boleh didapati di JPBD, Pahang dan dikemukakan kepada pendaftar Lembaga Rayuan. Pendaftar Lembaga Rayuan akan berbincang dengan pengerusi Lembaga Rayuan bagi meneliti segala rayuan yang diterima. Jika rayuan yang dikemukakan adalah tepat dengan perkara yang dirayu maka satu perbicaraan akan dibuat yang melibatkan pihak perayu dan defenden bagi memutuskan perkara yang dirayu.

Pemohon boleh membuat sebarang pertanyaan berkaitan dengan semakan perancangan dengan datang sendiri di JPBD, Pahang atau melalui telefon dengan cara mendail nombor 09-5721181 atau melayari laman web jabatan iaitu http://jpbd.pahang.gov.my/ dengan mengemukakan sebarang pertanyaan melalui email jabatan.

Bagi pemohon/pemilik tanah yang ingin membuat semakan gunatanah, maklumat-maklumat yang perlu dikemukakan kepada jabatan adalah No. Lot dan No. Syit. Tujuan adalah bagi memudahkan dan mempercepatkan pihak jabatan mengenalpasti kedudukan dan status gunatanah pemohon.

Subseksyen 5(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172) memperuntukan kuasa kepada PBT untuk menjadi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). Ini bermaksud mana-mana PBT seperti majlis daerah, majlis perbandaran, majlis atau dewan bandaraya atau mana-mana perkataan lain yang bermaksud ia sebagai PBT adalah PBPT dalam kawasan pentadbiran.

" Cadangan Pemajuan" adalah laporan yang dikehendaki supaya disampaikan oleh seseorang pemohon kebenaran merancang di bawah seksyen 21A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995. Ia adalah sebagai tambahan kepada dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang dikehendaki supaya disampaikan di bawah seksyen 21(1) untuk kebenaran merancang, pemohon hendaklah menyampaikan suatu laporan cadangan pemajuan yang mengandungi konsep dan justifikasi pemajuan; peta lokasi dan pelan tapak; butir-butir hakmilik tanah dan sekatan ke atas tanah, jika ada. Pemohon juga perlu mentediakan ianalisis gunatanah dan kesannya terhadap tanah yang berdampingan serta pelan - pelan susunatur yang mengandungi butir - butir yang ditentukan dalam seksyen 21(B); dan apa - apa perkara lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan

Kandungan LCP menerangkan perkara-perkara seperti berikut:-

  • Konsep dan justifikasi pemajuan;
  • Peta lokasi dan pelan tapak;
  • Butir-butir hak milik tanah dan sekatan, jika ada :
  1. Perihal tanah termasuk alam sekitar dari segi fizikal, topografi, landskap, geologi, kontur, saliran, air dan tadahan air dan bentuk semulajadi di atasnya;
  2. Suatu tinjauan pokok dan semua jenis tumbuh-tumbuhan; dan
  3. Butir-butir bangunan.
  • Analisis guna tanah dan kesannya terhadap tanah yang bersempadan;
  • Pelan susunatur yang mengandungi butir-butir yang ditentukan seperti:
  • Langkah bagi melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal;
  • Langkah bagi memelihara topografi semula jadi;
  • Langkah bagi memperelok landskap;
  • Langkah bagi memelihara dan menanam pokok;
  • Pengadaan tanah lapang;
  • Cadangan kerja tanah; dan
  • Perihal kerja yang hendak dijalankan.
  • Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).