BUKU 'COFFEE TABLE'

Buku Coffe Table secara umumnya adalah kompilasi penulisan – penulisan ringkas, lukisan, dan foto yang padat dan menarik. Buku 'Coffee Table' sering disebut sebagai buku bacaan santai yang diletakkan di atas meja kopi.

Terbitan buku Coffee Table oleh jabatan adalah sebagai wadah perkongsian maklumat kepada umum dalam menelusuri sejarah perancangan bandar daripada aspek pembangunan petempatan awal, perkembangan ekonomi, budaya dan tradisi masyarakat tempatan secara santai. Buku Coffee Table ini selari dengan fungsi jabatan untuk mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.


Ringkasan buku 'Coffee Table' Bandar Warisan Kuala Lipis

Ringkasan buku Coffee Table Bandar Warisan Kuala Lipis
Bandar Kuala Lipis menyimpan seribu satu warisan sejarah pentadbiran awal Negeri Pahang sebelum dan semasa era kolonial British. Kegemilangannya sebagai Ibu Negeri Pahang pada suatu masa dahulu dimanifestasikan melalui fasad-fasad bangunan serta susun atur bandarnya. Kesinambungan terhadap seni dan sains perletakan guna tanah membuktikan pendekatan perancangan bersepadu telah diadaptasi sejak berabad lamanya. Terbitan Coffee Table Bandar Warisan Kuala Lipis adalah sebagai wadah perkongsian maklumat kepada umum dalam menelusuri sejarah perancangan bandar daripada aspek pembangunan petempatan awal, perkembangan ekonomi, budaya dan tradisi masyarakat tempatan secara santai. Disamping itu, buku Coffee Table Bandar Warisan Kuala Lipis memainkan peranan sebagai salah satu platform bagi mempromosikan bidang perancangan bandar dan desa. Kandungan buku Coffee Table ini juga menonjolkan keunikan dan keistimewaan komponen Bandar Kuala Lipis menerusi lensa fotografi kreatif dan ilustrasi yang menarik. Justeru itu, wajarlah buku Coffe Table Bandar Warisan Kuala Lipis diabadikan sebagai bacaan ilmiah kerana kandungannya yang padat dengan informasi dan foto – foto menarik yang diterjemahkan melalui pembacaan santai. Diharapkan terbitan ini membantu terutamanya memberi pendedahan kepada generasi muda dalam menghargai warisan yang dimiliki di Kuala Lipis dan Negeri Pahang secara amnya.

Cetak