Objektif Dan Fungsi Bahagian Rancangan Pemajuan Dan Unit Projek Khas

OBJEKTIF BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PROJEK KHAS

  • Memastikan Rancangan Struktur Negeri sebagai hala tuju strategik Perancangan Fizikal Negeri;
  • Memberi khidmat nasihat dan input dalam penyediaan Rancangan Tempatan (RT) Penggantian/ Rancangan Kawasan Khas (RKK)yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
  • Memberi khidmat nasihat dan menyelaras dan mengawalselia penyediaan Rancangan Tempatan Pengubahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
  • Menyediakan dan menyelaras kajian serta program perancangan bagi meningkat kualiti persekitaran kehidupan; dan
  • Memberi input bagi kajian-kajian perancangan di peringkat Nasional dan Negeri.
  • Menyelaras program Bandar Selamat dan MurniNet.
  • Meyediakan Laporan Pematuhan Permohonan Kebenaran Merancang

FUNGSI BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PROJEK KHAS

  • Menyediakan / mengawalselia / memantau pelaksanaan atau penyediaan Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan Tempatan (Penggantian / Pengubahan) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) / Pelan Tindakan Khas (PTK);
  • Memberi maklumbalas / ulasan di dalam Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN3), Dasar Perbandaran Negara Ke-2 (DPN2), Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPFDN);
  • Membantu kajian / pelaksanaan MURNInet dan Bandar Selamat;
  • Menyediakan pelan-pelan komprehensif, kajian-kajian khas dan Coffee Table sejarah perancangan bandar Negeri Pahang;
  • Menyediakan Laporan Pematuhan Rancangan Tempatan di dalam Kebenaran Merancangan;
  • Membantu / menjalankan proses pewartaan; dan
  • Menyelia / mengemaskini Pusat Sumber Jabatan.

Cetak