Fungsi Bahagian Perancangan Korporat

OBJEKTIF BAHAGIAN KORPORAT DAN LEMBAGA RAYUAN

  • Mengurusetia dan menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri;
  • Mengurus permohonan rayuan pihak terkilan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Rayuan Negeri;
  • Memantau pelaksanaan dan pemakaian Akta Perancang Bandar Dan Desa, 1976;
  • Mengumpul, menghebah dan menyiarkan maklumat perancangan melalui web buletin, monograf, bengkel, seminar, latihan dan lain-lain siaran; dan
  • Meningkatkan sistem pengurusan kualiti jabatan melalui perkhidmatan perancangan Kualiti (ISO dan Audit Dalam).

FUNGSI BAHAGIAN KORPORAT DAN LEMBAGA RAYUAN

  • Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri, Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Perancang Pihak Berkuasa Tempatan, Mesyurat Ketua Unit OSC Negeri Pahang, Mesyuarat Pengurusan Jabatan, Mesyuarat Teknikal Jabatan dan Mesyuarat Laman Web dan ICT;
  • Memastikan Lembaga Rayuan Negeri Pahang berfungsi sepertimana peruntukan dalam akta;
  • Mengemaskini garis panduan perancangan dan membuat hebahan kepada semua pihak yang berkepentingan;
  • Mengendalikan latihan bagi semua lapisan pegawai termasuk menyediakan perancangan latihan, rekod latihan, surat / memo latihan, analisis kesesuaian latihan dan analisis keberkesanan latihan;
  • Menyelaras maklumbalas bagi semua mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan;
  • Mengemaskini laman web jabatan dan pelaporan kepada MDEC dan menyelaras keperluan ICT Jabatan;
  • Menyelaras pelaporan berkaitan Kejiranan Hijau, KPI, Piagam Pelanggan dan sebagainya;
  • Membantu dalam memastikan sistem pengurusan kualiti jabatan berjalan lancar; dan
  • Menganjurkan dan menyediakan program dan penerbitan bagi tujuan mempromosi jabatan melalui seminar, bengkel, kursus, buletin rancang, laporan tahunan dan sebagainya

Cetak