Fungsi Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan merupakan satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu yang merasa terkilan dengan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), khususnya terhadap sesuatu keputusan kebenaran merancang.

Manfaat Lembaga rayuan

Penubuhan Lembaga Rayuan ini akan memberi manfaat yang besar kepada sistem perancangan di negeri ini.Antara faedahnya ialah:

  • Menyediakan saluran yang “credible” bagi orang awam merayu;
  • Melengkapkan sistem penyampaian kerajaan yang telus dan berkesan;
  • Memperbaiki dan memperkemaskan perjalanan sistem perancangan bandar; dan
  • Meningkatkan amalan sistem perancangan bandar negeri ini ke taraf negara maju seperti di Australia,United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Dengan tertubuhnya Lembaga Rayuan ini, ianya akan dapat membantu Kerajaan Negeri dalam membentuk suatu pembangunan yang teratur, adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat. Penubuhan Lembaga Rayuan adalah amat perlu untuk memberikan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh PBPT. Oleh itu, sistem ini dapat memastikan kepentingan individu dapat dipelihara di samping mewujudkan perancangan yang sensitif terhadap kehendak dan aspirasi rakyat.

Cetak