Fungsi Bahagian Kawalan Perancangan

OBJEKTIF BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN

  • Memberi ulasan, pandangan dan khidmat nasihat perancangan kepada Negeri, Jabatan / Agensi dan pihak awam / swasta dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Menyelaras dan mengemaskini maklumat permohonan perancangan dan pelaporan dari semasa ke semasa ;
  • Menyedia dan mengurus kertas kerja di bawah sub seksyen 22 (2A) dan 2A (2)(b) untuk diangkat ke MPFN;
  • Membantu kerajaan Persekutuan, Negeri, daerah dan jabatan di dalam mengumpul, menyelaras dan menyediakan data-data guna tanah Negeri; dan
  • Menjadi pusat pembekal data guna tanah negeri kepada jabatan atau agensi yang berkaitan di dalam aspek perancangan dan pembangunan.

FUNGSI BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN

  • Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (Projek JKR), Mesyuarat Fundamental Dataset (MyGDI) Negeri Pahang;
  • Memberi khidmat nasihat perancangan kepada permohonan Kebenaran Merancang,Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), tukar syarat tanah, rundingan JKR dan permohonan tanah (Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian);
  • Mengemaskini dan membekal data serta maklumat gunatanah kepada orang awam dan agensi yang berkaitan;
  • Bertanggungjawab di dalam mengumpul, mengemaskini dan menyelaras data guna tanah (semasa, zoning dan komited);
  • Mengumpul, mengemaskini dan menyelaras maklumat status pewartaan tanah lapang awam bagi semua PBT di Negeri Pahang;
  • Menyediakan pelaporan aduan dan maklumbalas pelanggan jabatan;
  • Membantu dalam penyediaan kertas kerja untuk diangkat kepada Jawatankuasa Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN); dan
  • Menyediakan laporan tahunan tukar syarat dan permohonan Pusat Setempat (OSC) bagi Negeri Pahang untuk pematuhan kepada Rancangan Tempatan.

 

 

 

Cetak