Laman Utama Laman Utama  |  Peta Laman  |   RSS Saiz teks:        
Jumaat 30 Julai 2010 9:25:48am
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang Darul Makmur
Anda merupakan pengunjung kami yang ke:
web analytics and stats

Dikemaskini pada:
13 November 2008 09:53:58
Berita JPBD Pahang
NLetter
fungsi

Fungsi Utama Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, Negeri Pahang adalah :-

Selaku penasihat utama kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Pahang di bawah sub seksyen 4(4), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) berhubung dengan perkara-perkara berkaitan perancangan bandar dan desa adalah seperti berikut :-

a. Melaksana dan menyelaras serta mengawasi kelicinan pelaksanaan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di seluruh Negeri Pahang;
b. Mengatur, mengawal, merancang dan menyelaras semua aktiviti pemajuan pembangunan guna tanah di Negeri Pahang;
c. Melaksana dan menyelaras dasar-dasar negara dan negeri serta menggalakkan pemeliharaan dan penggunaan semua guna tanah secara mampan;
d. Menasihat Kerajaan Negeri sama ada dengan daya utamanya sendiri atau menyahut permintaan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pemeliharaan, penggunaan atau pemajuan tanah dalam negeri;
e. Mengusaha dan membantu pemungutan perangkaan, menyelenggara serta menyiarkan perangkaan dan buletin serta lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa;
f. Menjadi urusetia kepada Lembaga Rayuan Negeri yang menimbangkan kes-kes rayuan perancangan berikutanĀ ketidakpuasan mengenai keputusan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan terhadap permohonan kebenaran perancangan; dan
g. Memberi khidmat nasihat perancangan kepada orang ramai.


 
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explorer 7 ke atas
dengan resolusi 1024 x 768. Klik di sini untuk memuat-turun Internet Explorer 7.0

JPBD tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan
yang mungkin berlaku disebabkan oleh penggunaan
maklumat di dalam laman web ini.
 
Hakcipta terpelihara © 2004-2008 JPBD Negeri Pahang.
Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pahang,
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota,
25200, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No. Tel: 09-572 1181 / 572 1182  No Faks: 09-573 2001