Laman Utama Laman Utama  |  Peta Laman  |   RSS Saiz teks:        
Jumaat 30 Julai 2010 9:25:29am
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang Darul Makmur
Anda merupakan pengunjung kami yang ke:
web analytics and stats

Dikemaskini pada:
14 November 2008 10:41:02
Berita JPBD Pahang
NLetter
Program Bandar Selamat
PENGENALAN

Definisi

Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara.
Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

Pelaksanaan Program Bandar Selamat

Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 memutuskan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat misalnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah untuk mencegah jenayah.

4 Matlamat Utama Mewujudkan Bandar yang Selamat

1) Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.

2) Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

3) Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral decay) seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya.

4) Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.

5 Langkah Pelaksanaan Segera

1) Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor

- PBT akan mengenalpasti beberapa tumpuan kawasan awam seperti stesen bas dan rel disediakan bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.

2) Penyediaan Bollard atau Pagar

- PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dengan laluan motosikal.

3) Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung

- Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat awam seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama. Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari aktiviti-aktiviti jenayah.
4) Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam

- Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung).

5) Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan Penjenayah


- Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat yang mudah bagi peragut.

 

 

 
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explorer 7 ke atas
dengan resolusi 1024 x 768. Klik di sini untuk memuat-turun Internet Explorer 7.0

JPBD tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan
yang mungkin berlaku disebabkan oleh penggunaan
maklumat di dalam laman web ini.
 
Hakcipta terpelihara © 2004-2008 JPBD Negeri Pahang.
Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pahang,
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota,
25200, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No. Tel: 09-572 1181 / 572 1182  No Faks: 09-573 2001