Laman Utama  |  Peta Laman  |   RSS  | English  |Chinese French German Japanese Korean Russian Spanish    

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Html CSS Menu Css3Menu.com

 
Senarai Semak GTonline
Emel Anda *:
 
 
Anda merupakan pengunjung kami yang ke:

 
Dikemaskini pada:
14 March 2013 09:02:05
Carian Laman

               Semakan Zoning(GTonline)
                Soal Selidik Kepuasan
                Pelanggan
                Aduan Pahang


                Mobile Web
                Aduan SMS
                FAQ



Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)


Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) diperbuat menurut perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya hanya berkuatkuasa di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun pemakaian bagi negeri-negari hanya boleh dibuat pada suatu tarikh yan ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri yang berkenaan dengan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ianya menggunakan undang-undang perancangannya sendiri.

Pada asalnya Akta 172 ini mengandungi 9 bahagian dengan 59 seksyen dan kemudiannya telah dipinda sebanyak 3 kali iaitu antara tahun 1993 hingga tahun 2001.

Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan)1993 (Akta A866)
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah dipinda pada tahun 1993 dan dikenali dengan Akta A866. Akta ini dipinda dengan memasukkan peruntukkan berhubung aktiviti pembetungan agar ianya selaras dengan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508) yang diwujudkan pada tahun yang sama.

Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933)

Pada tahun 1995, sekali lagi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dipinda bagi menangani kelemahan yang wujud akibat pembangunan yang mengabaikan pemeliharaan alam sekitar khususnya yang berkaitan dengan perintah pemeliharaan pokok. Keseluruhan peruntukkan berkaitan dengan perintah pemeliharaan pokok ini dapat dilihat di Bahagian 5A bermula dari seksyen 35A hingga 35H Akta 172.

Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129)
Sekali lagi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dipinda dan dikenali sebagai Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129). Ianya dibuat bagi menangani masalah yang timbul khususnya dalam sektor hartanah dan mewujudkan peranan kerajaan persekutuan dalam hal ehwal Perancangan Bandar dan Desa selaras dengan semangat tanggungjawab bersama yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Akta ini juga memuatkan dua bahagian baru dan memperkenalkan beberapa pendekatan baru khususnya dalam sistem rancangan pemajuan dan juga kawalan perancangan ke dalam Akta 172.


UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)



Susunan Seksyen


BAHAGIAN I
PERMULAAN

Seksyen

1.

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuatkuasa

2.

Tafsiran


BAHAGIAN II

DASAR DAN PENTADBIRAN

2A.

Majlis Perancang Fizikal Negara

2B.

Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa

3.

Dasar perancangan am

4.

Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya

5.

Pihak berkuasa perancang tempatan

6.

Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan


BAHAGIAN IIA

JAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH

6A.

Jawatankuasa perancang wilayah


BAHAGIAN IIB

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

6B.

Rancangan fizikal negara


BAHAGIAN III

RANCANGAN PEMAJUAN

Seksyen

7.
8.

Tinjauan kawasan perancangan

Penyediaan draf rancangan struktur

9.

Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan struktur

10.

Kelulusan atau penolakkan draf rancangan struktur oleh Jawatankuasa

11.

Kajian semula atau pengubahan rancangan struktur

11A.

Tatacara kajian semula rancangan struktur

11B.
12.

Tatacara bagi pengubahan rancangan struktur

Penyediaan draf rancangan tempatan

12A.

Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan tempatan

13.

Publisiti berkaitan dengan draf rancangan tempatan

14.

Siasatan dan pendengaran berkenaan dengan draf rancangan tempatan

15.

Kelulusan atau penolakan draf rancangan tempatan

16.

Pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan

16A.

Penyediaan, dsb., rancangan tempatan oleh Pengarah Negeri

16B.

Rancangan kawasan khas

17.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah


BAHAGIAN IV
KAWALAN PERANCANGAN

Seksyen

18.

Penggunaan tanah dan bangunan

19.

Larangan terhadap pemajuan tanpa kebenaran merancang

20.

Larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang

20A.

Kewajipan untuk berunding

21.

Permohonan untuk kebenaran merancang

21A.

Laporan cadangan pemajuan

21B.

Pelan susun atur

21C.

Penyediaan pelan, dsb., oleh seseorang yang berkelayakan

22.

Layanan terhadap permohonan

23.

Rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan

24.

Luputnya kebenaran merancang

25.

Pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan

26.

Kesalahan yang berhubungan dengan pemajuan yang tidak dibenarkan

27.

Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 19

28.

Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 20

29.

Penguatkuasaan dalam hal pemajuan yang tidak selaras dengan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diubahsuai

Seksyen

30.

Notis rekuisisi

31.

Pelaksanaan oleh orang diberi kuasa

31A.

Ketidakselarasan antara undang-undang kecil bangunan dengan rancangan pemajuan


BAHAGIAN V

CAJ
PEMAJUAN

32.

Caj pemajuan dan tanggungan kepadanya

33.

Penentuan caj pemajuan

34.

Pembayaran caj pemajuan

35.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah


BAHAGIAN VA

PERINTAH PEMELIHARAAN POKOK

35A.

Perintah Pemeliharaan Pokok

35B.

Perintah pemeliharaan pokok tidak boleh dibuat jika pokok tertakluk kepada syarat-syaratnya

35C.

Rayuan terhadap perintah pemeliharaan pokok, dsb.

35D.

Pampasan di bawah perintah pemeliharaan pokok

35E.

Penggantian pokok

35F.

Pihak berkuasa perancang tempatan bolehlah menggantikan pokok jika orang yang berkewajipan untuk menggantikannya gagal berbuat demikian

35G.

Pembatalan perintah pemeliharaan pokok

35H.

Larangan untuk memotong, dsb., pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter

 

 

BAHAGIAN VI
LEMBAGA RAYUAN

Seksyen

36.

Lembaga Rayuan.


BAHAGIAN VII
NOTIS PEMBELIAN DAN PENGAMBILAN TANAH

37.

Notis menghendaki pembelian tanah dalam hal tertentu


BAHAGIAN VIII

KAWASAN PEMAJUAN

38.

Perisytiharan kawasan pemajuan

39.

Kuatkuasa perisytiharan

40.

Peruntukan khas bagi pampasan

41.

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggaji ejen, membuat perkiraan, dan menubuhkan perbadanan

42.

Kuasa untuk meminjam wang

43.

Kuasa untuk melupuskan tanah dan harta

44.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah


BAHAGIAN IX

PERUNTUKAN PELBAGAI

45.

Kuasa Memasuki

46.

Penyampaian dokumen

47.

Pengesahan dokumen

48.

Bukti dokumentar

49.

Keistimewaan daripada pengemukaan dokumen dan kehadiran sebagai saksi

50.

Pendakwaan

51.

Bidang kuasa mahkamah

52.

Penalti oleh sebab mengganggu tanda

52A.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

53.

Pekhidmat awam

54.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

55.

Tanggung rugi terhadap tuntutan berkenaan dengan kerosakan atau kerugian

56.

Pemakaian Akta 119 bagi siasatan atau pendengaran tempatan

57.

Pengecualian daripada fee dan caj

58.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

59.
Pemansuhan undang-undang perancangan yang sedia ada

 

 

jpbd hq kpkt jpa mampu msc 1msia spr

jpbdneg mpk mpt mpb mdr mdp mdrp mdl mdj mdch mdb mdm
Dasar Privasi | Hakcipta
Paparan terbaik dengan menggunakan Firefox 11.0 ke atas
dengan resolusi 1024 x 768. Klik di sini untuk memuat-turun Firefox 11.0
JPBD tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan
yang mungkin berlaku disebabkan oleh penggunaan
maklumat di dalam laman web ini.
 
Dasar Keselamatan | Bantuan
terpelihara © 2004-2008 JPBD Negeri Pahang.
Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pahang,
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota,
25200, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No. Tel: 09-572 1181 / 572 1182  No Faks: 09-573 2001